Wednesday, February 16, 2011

Aku dan duniaku...

dTiada yang lebih membahagiakan bagi seseorang yang bergelar ibu selain melihat buah hatinya membesar didepan mata. Aku bersyukur kerana berpeluang melihat permata hatiku membesar didepan mataku. Walaupun diawalnya aku berasa canggung dengan gelaran seorang suri rumah sepenuh masa tapi berkat kesabaran dan naluri seorang ibu kini aku lebih selesa dengan gelaran tersebut. Disamping sokongan dan dorongan dari insan tersayang membuatkan aku lebih tabah menjalani kehidupan sebagai seorang suri rumah.

Permata hatiku
Aku mula menukar profesion sebagai suri rumah sepenuh masa ni setelah aku melahirkan Haiqal. Sungguh berat hati ini melepaskan apa yang kuimpikan selama ini namun bila difikirkan tentang anak dan suami aku relakan juga. Lagi pun aku dah berjanji dengan suamiku yang aku akan mengikutnya setelah melahirkan anak kami. Janji tetap janji dan aku harus mengotakannya. 

Sebenarnya, selama setahun aku duduk berjauhan dengan suami even aku tengah mengandung. Rasanya sudah tiba masanya aku mengikut suami dan menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang isteri. Syukur alhamdulillah, dah setahun aku mengikut suamiku dan menjadi teman setia disisinya.

Banyak yang aku pelajari selama setahun menjadi suri rumah, yang paling aku banggakan aku kini sudah pandai memasak walaupun tak secekap orang-orang lain. Sejujurnya, aku sebelum ini memang tak tahu memasak dan jarang memasak. aku memang tak berminat langsung untuk memasak. Sehinggalah aku duduk bersama suami, aku tiada pilihan selain memasak untuk suami dan diriku. Bila diimbau kembali pertama kali aku memasak rasa nak tergelak pun ada. Apa taknya semua yang aku masak agak masin, Tapi yang aku respect kat suamiku dia tetap makan walaupun masin dan tak da komen pun. Yang paling tak tahannya aku akan berdebar-debar bila berada di dapur, jadi kalut dibuatnya... =)

Alhamdulillah, berbeza benar aku dahulu berbanding sekarang. Tahap kesabaranku pun dah bertambah. Bukan nak kata dahulu aku ni panas baran orangnya cuma aku ni kalau nakkan sesuatu aku tak boleh nak tunggu dan bila apa yang aku inginkan tak dapat mulalah muncung je mulutnya. Mengada-ngada je lebih... haha... Melayan karenah Haiqal membuatkan aku lebih banyak bersabar walaupun kadang-kadang terbabas jugalah. =) Nasib baiklah suamiku tak banyak karenah, kalau tak bertambah-tambahlah tinggi tahap kesabaran aku... =)

Bila dah seronok duk rumah ni mulalah malas nak cari kerja. Alasannya bukan pe tak sanggup nak berjauhan dengan buah hatiku si Haiqal. Ikutkan hati ni memang malas nak keje tapi bila teringatkan kata-kata mak ku membuatkan aku berfikir kembali. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata mak ku di telingaku  "kak, ko dah penat belajar tinggi-tinggi takkan nak duduk rumah je, kerjalah sekurang-kurangnya boleh pegang duit sendiri". Ada benarnya juga kata-kata makku itu, yalah 5 tahun aku belajar tak kan nak duk rumah je.ermmm.. tapi bila dikenangkan Haiqal mulalah serba salah dibuatnya. Tak taulah macam mana, suamiku pula tak kisah aku nak kerja boleh tak kerja pun tak pa...Terpulang pada diriku. Tulah kata-kata suamiku bila aku minta pendapatnya...

Buat masa ni biarlah aku duduk dirumah menjaga Haiqal dan melayan segala macam karenahnya. Aku rasa tenang bila disampingnya, melihat setiap gerak-gerinya membuatkan aku terhibur. Kalau ada rezeki, aku akan bekerja semula..Aku berserah padamu ya Allah..Sesungguhnya apa yang  ditentukan oleh Mu adalah yang terbaik untuk aku dan keluargaku.

Wassalam.


"Ibu Sayang Haiqal" 


1 comments:

Anonymous said...

my lovely wife, thanx ats sgla pkrbananmu utk fmly kte slama ni...thnx u so much....mdh2n sgla pjlnan hdup kte akn sntsa dpmudahkn...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...