Bila baca tajuk macam pelik jekan tapi itulah kenyataannya. Sejak Haiqal berumur 2 bulan lagi dia dah mempunyai gajah sebagai teman karibnya. Walau kemana jua anakku pergi gajah tersebut pasti akan menemaninya. Gajah yang ku maksudkan di sini ialah anak patung yang berbentuk gajah.
Inilah Gajah kesayangan Haiqal |
Ceritanya bermula apabila aku dan suami berhenti di sebuah butik Anakku di Bakri Muar. Pada awalnya aku hanya ingin melihat-lihat barang je sehinggalah terjumpa patung ni. Terdapat pelbagai jenis binatang seperti singa tapi hati ni berkenan sangat dengan bentuk gajah. Tanpa berfikir panjang aku pun terus mengambil dan membayarnya dengan harapan anakku akan suka. Sampai sahaja di kereta, aku pun beri pada Haiqal. Pada awalnya Haiqal tak menunjukkan reaksi suka pun pada gajah tersebut. Ibunya je beria-ia sangat. Dalam hati kecil rasa kecewa sangat, tapi sedapkan hati sendiri mungkin anakku masih kecil dan tak pandai bermain lagi.
Dari hari ke hari, Haiqal semakin rapat dan sayang pada gajah tersebut sehinggalah nak tidur pun wajib ada gajah. kalau tak, alamatnya susahlah dia nak tidur. Gajah ni ibarat bantal "busyuk" dialah. Buat pengetahuan semua, gajah ni merupakan permainan pertama aku belikan untuk anakku dan yang pertama juga toy yang Haiqal dapat.
Bila nak tido puting dan gajah mesti ada |
Apa yang membuatkan Gajah ni berharga sangat pada Haiqal adalah label "Anakku" yang ada pada Gajah tersebut. Nak tau pe yang Haiqal buat pada label tersebut??? he..he..dia pergi hisap dan hembus-hembus label tu. Cuba bayangkan dari dia bayi sampai sekarang dia hisap label tu, bagaimanalah agaknya rupa label tu sekarang...confirm-confirmlah bertukar warna dari putih kepada coklat. Tu belum cerita baunya pula..faham-faham jelah ye. Tapi tengok dia cium label tu masa nak tidur macam best je..Anak ibu ni pelik-pelik jelah.. =)
Tengok tu, Haiqal tengah hisap label |
Label pun dah bertukar warna coklat |
Ke mana sahaja Haiqal pergi, gajah ni mesti dibawa. Masih lagiku ingat sewaktu kami pergi membeli barang dapur di Carefour. Pada kebiasaannya, aku akan simpan gajah dalam handbeg aku. Entah macam mana nak dijadikan cerita suamiku beri gajah pada Haiqal. Duk asyik sangat shopping, kami lupa tentang gajah. Sehinggalah waktu kami nak balik, aku baru teringat akan gajah. sekali tengok dalam handbeg.."Alamak mana pula gajah ni..." Apa lagi suamiku pun masuk semula ke dalam Carefour, first round cari tak jumpa...Nasib baiklah suamiku tak berputus asa, second round barulah jumpa..Alhamdulillah.. Itupun jumpa kat atas tong sampah cleaner. Kalau lambat sikit je, selamatlah gajah Haiqal bersemadi dalam tempat pembuangan sampah...Uuuhhh..aku dan suamiku menarik nafas lega...kalau tak... "dimana kan ku cari ganti.. serupa denganmu..." =)
Begitulah betapa pentingnya gajah dalam kehidupan Haiqal. Kalau tak da, huru hara dibuatnya...tak taulah bila dah sekolah nanti, jangan sampai dibawa ke sekolah sudah...
Walau apa sekalipun, aku berasa bangga kerana akhirnya Haiqal begitu menghargai pemberianku. Terima Kasih sayangku...
Wassalam..
"Ibu Sayang Haiqal"
1 comments:
hehehe...best cete....anak aku yg sulung pn ade bantal busyuk.....tapi dh x de rupa...mmg kemn je dia akan bawa...sbb die suka nak cium2 bantal tu....tapi bila aku nak pisahkan die dengan bantal busyuk tu mmg kasian....x tdo mlm dia.....ask nangis je.....agak lama gak la dia nak lupakn bantal busyuk yer....tapi kan..nyesal lak buang..klu x die leh buat kenang2an masa depan..hehhe
Post a Comment