Friday, May 27, 2011

Wah!!! Haiqal ada kawan baru...

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah, pagi-pagi lagi Allah telah turunkan rahmatnya di atas muka bumi ni...hujan renyai-renyai..sejuk je rasa...Anak ibu pun tidur nyenyak dalam buaian..

Entri kali ni aku sekadar ingin berkongsi cerita dan gambar-gambar Haiqal bersama kawan barunya. Nak tahu siapa kawan Haiqal??? Kenalkan kawan baru Haiqal si Upin!!! he..he...

Nilah kawan baru Haiqal..Upin..=)
Tengah tengok tv sama-sama

Sambil tengok tv mamam pisang....


Tengok tu, Upin dibuat alas tangan dia...

eee..geramnya rambut Upin ni....=)

Haiqal ni memang peminat tegar Upin Ipin. Kalau kat Tv tu ceritanya diulang berapa kali pun tetap khusyuk je dia tengok. Cerita-cerita kartun lain tak delah pula dia minat. Mungkin sebab keletah Upin dan Ipin yang lincah kot. Dan lagi satu watak Ehsan...Yang kelakarnya setiap kali ayah Haiqal cakap "Selamat Pagi Cikgu" dia mesti tersenyum dan ketawa..Ingat pula dia dialog Ehsan...

Oh ye, nak tahu macam mana boleh terbeli nya patung Upin ni? Ceritanya bila kami dalam perjalanan pulang ke kampungku di Johor. Kami berhenti sekejap di Petronas untuk beli kacang campur kegemaran aku. Dalam kedai Mesra tu ada satu sudut yang menjual barang-barang Upin Ipin. Pada mulanya Haiqal dan ayahnya je yang masuk kedai Mesra tu dan hanya membeli kacang campur ku je. Suamiku bercerita yang Haiqal senyum-senyum bila nampak patung Upin Ipin tapi suamiku tak membelinya.. Dalam hati, kesian pula...Aku pun ajak suamiku masuk semula untuk melihat patung tersebut...

Si Haiqal ni macam tahu je yang kami nak belikan dia patung Upin Ipin, senyum-senyum dia. Aku pun ambil patung Upin dan berikan pada dia, amboi dia..terus je peluk patung tu..sweetnya anak ibu...sayang sekali ibu tak snap moment tu...

Kami hanya belikan patung Upin je, maklumlah harganya boleh tahan jugalah. Lain kali ibu belikan patung Ipin pula ye sayang...Selain tu aku juga beli botol sedut untuk Haiqal dan sudah pastinya dari produk Upin Ipin juga.

Patung Upin dan Botol Air Upin Ipin Haiqal...

Dalam perjalanan balik kampung tu, Haiqal terus peluk je patung Upin tapi bila nak tidur tetap juga dia cari patung gajahnya...Upin tetap tak boleh menggantikan tempat gajah Haiqal..he..he...

Memandangkan Haiqal ni agak susah nak makan, aku pun ambil kesempatan dalam kekusyukkan dia tengok cerita Upin Ipin aku pun menyuapkannya makan. Masa nilah dia baru banyak dia makan.Kalau tak, asyik disemburkan jelah nasi dalam mulutnya...

Bila dah da botol sedut ni, selalu jugalah dia minum air masak. Bila penat main je, dia ambil botol tu bagi kat aku minta dibukakan penutupnya. Selain tu mudah sikit aku nak bagi minum masa makan.Selama ini dia sibuk nak mencelup tangan dia dalam cawan...

Ermmm..bestnya botol air Upin Ipin ni...

Haiiii.....=)
Seronok bila tengok Haiqal hargai apa yang kita belikan kat dia tapi sekejap je..hu..hu..sekarang ni dia dah jarang main dengan Upin. Dah jemulah tu...Nasib baik tak beli Ipin sekali, kalau tak membazir je..Anak ibu ni hangat-hangat jelah....ish..ish...




"Ibu Sayang Haiqal" 

6 comments:

Hanim said...

upin jer ke yg haiqal minat? sian ipin tinggal sorg2 ngan opah hehehe. anak saya, anas lom tau lg katun kegeramannya. stakat ni dok nonton bbtv yg tgah promo skrg. sampai xkelip2 mate nengok :)

Ummi Alesya Sofea said...

fuhhhh...segalanya upin & ipin,hihi.Tak usah ckp haiqal..liza sndri pun minat dgn upin & ipin. :P

wida said...

amboi..sukanya haikal dpt patung upin tu.

yelah sis, mahal patung tu..x silap sy masa beli ke waiz kat suarasa dulu around rm35-40 jugak.

Kasih Ibu said...

to hanim: he..he..upin je yg ibunya belikan..ipin duk tinggal dlm kedai...bagus jg ada bbtv tukan, bolehlah ibu anas rehat2..=)haiqal xminat pula tgk bbtv tu..klu x bolehlah ibunya berehat2...

Kasih Ibu said...

to ummi alesya sofea:hu..hu..samelah liza, sy pun tumpang sekaki bila haiqall tgk upin ipin...

Kasih Ibu said...

to wida: betul tu wida harganya rm39.90, botol airnya pula dah rm10..2 barang je dah rm50..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...