Monday, May 16, 2011

"Selamat Hari Guru"

Setiap kali tibanya Hari Guru, teringat kenangan waktu menjadi cikgu dulu. Macam-macam kenangan tercipta dan sudah pasti menjadi pengalaman paling berharga dalam hidup aku. Walaupun hanya 2 tahun bergelar cikgu tapi ia sudah cukup mengajar aku betapa sukarnya mendidik anak-anak bangsa dan menuntut kesabaran yang tinggi.

Teringat masa hari pertama mengajar, dada ni dup..dap...dup..dap...=) sampaikan tangan terketar-ketar, punyalah berdebar-debar waktu tu. Maklumlah, tak pernah mengajar sebelum ni, dapat pula mengajar sekolah menengah. Faham-faham jelah budak-budak besar ni banyak cakap. Lagi bertambah kelulah lidah aku...Ditambah lagi aku kena mengajar subjek Sejarah yang sememangnya memerlukan aku bercakap banyak...sampaikan sebelum masuk kelas aku dah fikir dulu apa nak cakap dalam kelas nanti..Masa satu jam ku rasakan seperti berpuluh-puluh jam...kelakar pula bila diingat balik...=)

Bila dah tak jadi cikgu ni rasa rindu sangat saat tu tapi aku bersyukur sangat di beri peluang untuk merasai nikmat menjadi seorang pendidik. Bila dah menjadi seorang pendidik maka aku juga berpeluang merasai sambutan Hari Guru. Memang best la...=) Ok, kita layan jelah beberapa keping gambar kenangan aku di zaman cikgu cikgi sewaktu sambutan Hari guru tahun 2009 .... 


Acara memotong kek oleh Pengetua dan GPK 1

Aktiviti mendandan guru... =)

Bersama Zah Salmah dan Kak Ros
 
Bersama anak didikku...


...dan ini juga....=)

Walaupun sekarang aku dah tak bergelar cikgu tapi jauh disudut hati ini masih mengharapkan satu hari nanti aku berpeluang menjadi seorang guru lagi...Mudah-mudahan...Aminnn...

Justeru, bersempena dengan Hari Guru hari ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru terutama kepada guru-guru yang telah mengajar aku dari sekolah tadika sehinggalah di universiti. Jasa dan pengorbanan kalian hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Buat rakan-rakan ku yang bergelar guru, ku doakan moga menjadi seorang pendidik yang berjaya dan tabah menhadapi segala cabaran. 

6 comments:

YAYA AZURA said...

kerjaya guru mmg mencabar..bertuah ibu haiqal ade pengalaman mendidik ... mahal harga pengalaman tu ...hihi

selamat hari guru ..

Kasih Ibu said...

thanks yaya...

Alhamdulillah, tercapai jg nak jd cikgu wlupun setakat 2tahun je...mudah-mudahan pngalaman yg ada boleh digunakan utk mdidik Haiqal pula...

qasehraihan said...

cikgu juga rupanya..
selamat hari guru ye kawan wpun dh tlewat sari..hehe..

moga terus tabah dn dedikasi dgn tugas..
salam kenal..

Kasih Ibu said...

to qasehraihan: bekas guru...tapi apa pun terima kasih byk2...

juelee said...

selamat hari guruuuuuuuuu
hehe sure kesayangan pelajar nie

Kasih Ibu said...

thanks juelee...
itu dulu punya cerita, skrg ni duk rumah jaga anak je...he..he...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...