Wednesday, May 18, 2011

My Hero demam Dan Muffin

Assalamualaikum semua...Terasa letih badan ni, gara-gara tak cukup tidur melayan karenah anak bujangku yang demam. Masuk hari ni dah 3 hari anak ibu demam. Keadaannya dah beransur baik cuma yang tinggal batuknya je.

Walaupun hanya tinggal batuk sahaja tetapi inilah yang membuatkan bukan sahaja Haiqal tak cukup tidur malahan ibu dan ayahnya juga. Tak sampai hati bila tengok Haiqal tengah nyenyak tidur tiba-tiba batuk, apa lagi terus je dia menangis. Boleh dikatakan setiap 1jam dia akan terjaga dan menangis.. Kalaulah boleh batuk tu dipindahkan kat aku, aku rela dari melihat anak kesayanganku terseksa. Sebenarnya inilah pertama kali Haiqal batuk. Tu yang asyik menangis bila je batuk, mungkin dia tak pernah hadapinya lagi...Kesian anak ibu....

Mujurlah semalam cuti, bolehlah suamiku bantu apa yang patut. Kalau tak huru hara aku dibuatnya. Yang aku rungsingkan sekarang ni dia langsung tak nak menyusu dan makan. Kebiasaannya setiap kali dia nak menyusu dia akan ambil botol susu dan berikan padaku  . Ikutkan dia memang tak nak menyusu tapi aku tetap juga bagi dia minum susu walaupun  terpaksa menggunakan picagari. Biarlah dia menagis dari dia melepek tak berdaya..

Walaupun demam, keletahnya tetap mencuit hati aku dan suami. Bila panasnya agak kurang dan badannya agak ringan, pasti ada je yang nak dibuatnya.  Tapi bila badannya dah mula panas balik, merengek jelah dia. 

Masa demam nilah sibuk nak memanjat...

Dalam kesibukan menjaga Haiqal yang demam, sempat jugalah aku curi-curi masa mengodek adunan muffin, bolehlah juga dibuat juadah untuk minum petang. Aku buat Blueberry dan Strawberry Muffin je. Buat yang mudah-mudah, cepat masak dan cepat jugalah boleh ngap..he..he..

Ada Strawberry dan Blueberry Muffin..

Muffin with Strawberry Filling

Buat anak ibu yang amat ibu kasihi, cepat sembuh ye dan jangan banyak meragam. Walau apa pun terjadi, ibu tetap disisi Haiqal. Sayang anak ibu...



"Ibu Sayang Haiqal" 


16 comments:

YAYA AZURA said...

budak2 kalau demam pun nak memanjat lagi ..
moga haiqal cepat sembuh ...aminn...

ratusiput said...

semoga haiqal cpt sembuh...

Kasih Ibu said...

to yaya:
betul tu yaya, badan ringan sikit je sibuk nak mmanjat sana sini...

Kasih Ibu said...

to ratu siput:
thanks aunty,,,(from Haiqal)

.:Mama Dhia:. said...

demam pun aktif yer haiqal..

muffin tu nampak best jer..
dap..dap..

Kasih Ibu said...

to mama dhia:
bila badannya ringan sikit mulalah dia aktif tapi bila panas balik merengek je...

muffin simple2 je mama dhia, bolehlah di mkn utk minum ptg...

Cute MuM said...

macam tuelah perangai dania..
bila dia rasa ok sikit.. start memanjat..
bila sakit, asyik merengek jer.. huh..

Kasih Ibu said...

to cute mum:

rupanya same je karenah ank kita ni, kita ni kena ikut jelah rentak mereka...

MrS. F!zA said...

mak aihh demam2 pon panjat tu awk..hihi ssama je cm darwisy demam pon aktif terlebih..

*muffin tu nmpk gebu gilerr

Kasih Ibu said...

to mrs.fiza:

demam nak memanjat kot fiza. time xdemam xde pula si Haiqal ni memanjat...

mmg gebu, terlebih baking powder..he..he..

CT Delima said...

As'salam.. Anak adalah penyeri kehidupan, semoga Haiqal cepat2 sihat sina kat mama tu.

Tr kasih sudi singgah dan meninggalkan jejak Dari Dapur CT. Lama juga tak buat muffin tu..sangat gebu :D

mummy_ayu said...

kalu demam2 aktif, tak la risau sgt..tapi kalu yg demam..tak larat jer..tu yg risau tu..apa pun..musim la sekarang nei rasanya...
dlm anak tak sihat, sempat lagi baking tu..best..
salam kenal...

Kasih Ibu said...

to ct delima:

thanks ct sudi jengah blog sy ni...
jom pakat2 buat muffin..he..he...

Kasih Ibu said...

to mummy_ayu:
betul tu ramai juga yg demam, apa taknya kejap2 panas kejap2 hujan...
he..he..mulut ni mmgkejenya asyik teringin je...tu yg sempat2kan juga baking muffin...=)

mamalieyna said...

salam singgh disini..

aloor anak tak sihat jugak ke? huu~ memang kan, anak demam, dgn makayah pun turut tak cukup tidur..huu~ hope cepatla sihat ye sayang..cian dier, mmg tak tahan tgk anak batuk2 ni..seksa ..hu~

Kasih Ibu said...

to mamalieyna:

thanks sudi singgah sini..tulah harap2 cepatlah sembuh batuk dia, kesian tgk dia batuk2...seksa sgt...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...