Tersenyum aku sendirian bila terkenang keletah anak bujang kesayanganku Haiqal. Sejak usianya menjangkau setahun ni, pelbagai keletah yang ditunjukkannya. Anak ibu..anak ibu...=) Haiqal ni celik je mata, memang tak boleh duduk diam. Ada je benda yang nak dibuatnya. Duduk diamnya bila ada iklan di tv, memang khusyukla dia tengok iklan tu. Lepas habis je iklan, mulalah dia beroperasi semula...
Sekarang ni aktiviti kegemarannya bermain dengan tin sardin. Dengar macam pelikkan??? tapi itulah hakikatnya budak yang bernama Haiqal ni. Benda yang tak sepatutnya dibuat main dia main pula. Nak tau apa yang Haiqal buat pada tin sardian tu??Jom tengok gambar yang sempat aku snap buat tatapan Haiqal bila besar nanti...
Sardin ibu dah jadi permainan Haiqal pula ye... |
Haiqal nak buat bentuk lain pula... |
Yeah!!! berjaya....tingginya... |
Pada mulanya aku pelik juga. Yela dari mana pula dia tahu nak menyusun tin-tin sardin tu. Aku tak de pun mengajarnya buat macam tu. Sudahnya, setiap hari dia akan mengusung tin-tin sardin ni dari dapur dan diletakkannya di atas meja laptop aku. Sampaikan aku nak masak sardin pun rasa tak sampai hati nak ambil satu tin sardin tu.
Keadaan dalam sardin tu pula tak tahu la pula macam mana, confirm hancur isi sardinnya. Apa taknya, di guling-guling, di ketuk-ketuk...memang dah macam permainan dialah gamaknya tin sardin tu.
Bila difikirkan, elok juga sebenarnya aktiviti ni. Setidaknya ia mampu mengembangkan daya kreativiti Haiqal tapi penggunaan tin sardin je yang tak berapa nak sesuai. Nanti ibu minta ayah belikan Haiqal permainan LEGO ye, boleh Haiqal susun dan bina pelbagai bentuk...
"Ibu Sayang Haiqal"
5 comments:
em budak2 skang dah bijak...imaginasi dorang tinggi...
setuju sgt...kdg2 kita yg dewasa ni tak terfikir diorang mampu lakukan. budak zaman modenlah katakan...=)
haiqal ni sama je ngan anak kita..mainan tk nak main brg dpur gak dia wat main..susun2 itu ini..haihh..
ye ke fiza???diorang ni memang pantang tgk benda pelik2 sikit.sibuk nak dibuat main sambil tu mgemas sekali dapur...
Good readiing this post
Post a Comment