Friday, May 10, 2013

Kesian anak ibu...

Assalamualaikum semua...
Hari ni mood kureng sikit nak update blog. Kerisauan yang melampau sehinggakan nak buat apa pun malas. hu..hu...Petang ni,rasa tergerak hati nak buat entri tentang anak bujangku Haiqal. Dah lama tak buat story tentang dia dalam blog ni.
Sejak seminggu dua ni, aku perhatikan setiap kali dia put..put. ambil masa yang lama, kadang-kadang tu sampai setangah jam baru boleh. Oh ya lupa pula nak bagitau sekarang Haiqal dah tak pakai pampers lagi cuma waktu malam je nak tidur. Aku masih tak berani lagi, kalau terkencing...aduh paroh la nak mengangkat tilam menjemurnya... 
Sebelum ni, dia tak ada masalah pun kalau nak put..put..najisnya pun ok je. Sekarang ni asyik sembelit. Sampaikan naik kebas kakinya berdiri lama sangat. Dia pula tak tau kakinya kebas, menangislah kata "semut gigit kaki Haiqal"..kesian sungguh tengok dia...Dengan berpeluh-peluhnya lagi. Aduh seksa sungguh, tambahan pula tandas rumahn ni bukannya jenis yang duduk. 
Bila difikir-fikirkan nak kata kurang minum air, tak juga rasanya..coz dia ni aktif, asyik-asyik minum air masak je. Aku pun selalu juga bagi dia makan buah. Cuma dia ni susah makan sayur je. Mungkin tu salah satu sebabnya juga. Dia rela makan nasi putih dengan lauk macam tu je. Rasanya kebanyakkan budak pun cam tu juga kot..susah nak makan sayur..Pening kepala ni duk memikirkannnya...
Tapikan, dulu pun dia tak suka makan sayur tapi ok je, tak ada masalah pun bila nak put..put... kenapa sekarang macam tu pula ya??? suam aku pula kata mungkin susu yang dia minum ni dah tak sesuai untuk dia. Apa taknya sekarang dia minum Enfagrow 3, sepatutnya dah kena tukar Enfakid. Masalahnya kami dah try bagi enfakid tapi dia tak nak. Boleh pula dia kata susu tu busuk...memang langsung dia tak minum, dan lebih parah lagi dia terus tak nak menyusu..Tu yang kami bagi lagi susu lama.
sedapnya dia menyusu...
Bila timbul masalah ni, kami jadi risau pula...Kami ada cuba bagi dia minum Vitagen tapi still tak jalan juga. Tu sekali minum 2 botol...Dia ni put..put..bukannnya 3 atau 4 hari sekali tapi 2 hari sekali mesti put..put..tu pun still sembelit juga. Ermm...tak taulah nak buat apa lagi. Nampak gayanya kalau keadaan tak berubah juga, kena jumpa doktorlah,tak pun gi farmasi cari ubat...
Anak ibu..anak ibu...Love u so much!!!
 

 
 
 

10 comments:

~Norba'idah~ said...

Agaknye susu tu dah xsesuai kot zura.. try la susu lain. Bli yg kecik dulu utk test. Atau kurangkan sukatan susu dia. Cian dia susah nk pu pu.. siap kebas kaki lg. Hope haiqal cpt2 senang pu pu ok :-)

Kasih Ibu said...

to ida: aku dah try byk ssu ida..dia xnak..dia dr kecik mmg aku xpernah tukar brand susu lain.bila jd cm ni,pening kepala aku dibuatnya....

Ummi Iman said...

Lama tak singgah sini. Rasanya susu tu mmg susah nak pu2. Anak adik minum susu ni juga. Tiap kali nak pu2 mesti lama. Tp badan smgt minum susu ni. Bab sayur tu sama je.. Nak bg mkn sayur, saya blend dgn nasi (bubur). Makan pula dia.

Kasih Ibu said...

ummi iman : sblm ni dia okje bila pu.pu...tapi la ni pula jd mcm tu...budak2 ni mmg susah nk mkn sayur kan??klu masih bby senang sikit, jst blender je dgn nasi...tapi bila dah tua ni, haii...jenuh nak memujuk mkn....he..he....

mama lieyna said...

Aduhai..susah jgk tu, mmg kena tanya khidmat nasihat doktor la nmpk gaya, klu bab susu ssh nk tukar.. tp sllunya sbb susu la kan..

Kasih Ibu said...

to mama lieyna: nampak gayanya cm tulah mama lieyna..xsampai hati nak tgk dia camtu...

lizz said...

mungkin kena tukar susu kot...anak saya minum enfagro jer...bagus untuk perot ...

Kasih Ibu said...

to lizz: selama ni dia minum susu enfagrow tapi baru2 ni sembelit pula..

adianiez AIDA said...

nasihat aida, gi doktor la kot.
tanya, lebih baik dari dok tukar-tukar susu or beli ubat kat farmasi...

Kasih Ibu said...

to adianiez : tq aida..klu bertambah teruk, mmg nk kena gi juga ni...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...