Monday, April 4, 2011

Juadah minum petang

Seperti biasa setiap munculnya hujung minggu pasti otakku ligat memikirkan apa juadah untuk di buat minum petang. Maklumlah suami ada kat rumah, semangat sikit nak masak apa pun. Lagipun mudah sikit ada yang nak menjaga si kecil Haiqal.

Sebenarnya dah lama aku "usha" satu kek ni dalam blog izahdaut. Pertama kali melihatnya terus terjatuh hati. Apa taknya cun melecun keknya. Rasanya tak salah kalau aku mencuba walaupun tak tau bagaimanakah hasilnya nanti...adakah hasilnya akan cun melecun sama seperti yang dihasilkan oleh kak izah???tunggu dan lihat ye....=)

Jeng...jeng...setelah masak dan dipotong beginilah rupanya Kek Alunan Kasih yang aku hasilkan buat pertama kalinya...


 Walaupun tak secun kek yang kak izah buat tapi aku amat berpuas hati sangat dapat membuatnya dan menikmatinya bersama orang tercinta...siapa lagi kalau bukan dua pengarang jantungku..suami dan anakku tersayang. 
Padaku kek ni rasanya sangatlah sedap, lembut dan agak basah. Memang tak muak bila makanlah. Suami pun puji sedap. Dapatlah juga aku bagi 1/4 kek ni kat jiran sebelah, yang lainnya aku dan suamilah yang perhabiskannya...=)

Justeru aku ingin berbanyak terima kasih kepada kak izah di atas resepinya ini..Sesiapa yang teringin nak membuatnya, bolehlah skodeng resepi di bawah ni:

 Kek Alunan Kasih


Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 1 1/2 cwn planta @ 250 gram butter
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1sudu kecil esen vanilla
  • serbuk koko secukupnya
  • pewarna (saya guna pink dan hijau)
  • sediakan tapis teh yang halus untuk ayak koko

Cara-cara:

 1. Pukul butter dan gula hingga kembang.

 2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.

 3. Masukkan esen vanilla + susu cair  dan gaul hingga sebati. Setelah itu, masukkan tepung yang   telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit.

 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di letak pewarna pink dan sebahagian lagi warna hijau.

 5. Griskan loyang, masukkan adunan pink dan ratakan seluruh loyang.

 6. Ayak serbuk koko hingga menutupi lapisan pertama adunan pink. Ayak nipis-nipis..

 7. Kemudian masukkan lapisan ke dua (adunan hijau)...ratakan perlahan-lahan (Jangan sampai serbuk koko di lapisan pertama terangkat)

 8. Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua hingga menutupi adunan dan buatlah seperti itu sehingga habis adunan.

 9. Bakar -160'C lebih kurang 45 minit atau mengikut oven masing-masing.


Selamat Mencuba... 

3 comments:

ady said...

memang sedap kek Kek Alunan Kasih ni...kalau mkn sekeping pun tak cukup..

Isteri @ Ibu Yg Kiub said...

Ya ke sedap...Boleh la cuba nanti..

Kasih Ibu said...

ady: yup betul tu...belum sempat sejuk dah ngap...=)tak sbr nak tgk corak dlmnya, menjadi tak alunan kasihnya...

isteri@ibu yang kiub: betul sedap, teksturnya lembut dan lembab je...cuba tau!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...