Monday, April 18, 2011

Sukanya dia makan pisang...

Assalamualaikum semua...Bila bercakap tentang pisang, pasti ramai yang menyukainya termasuklah diriku. Apa-apa makanan yang bersangkut paut dengan pisang pasti makanan tersebut menjadi kegemaranku. Lebih-lebih lagi kalau pisang goreng, memang tak tolak...


Teringat masa mengandungkan Haiqal, boleh dikatakan tiap-tiap hari kalau boleh nak makan pisang goreng. Mujurlah jauh dengan suami, nak makan kena keluar beli sendiri. Keluar pula kena jalan kaki, tu yang malas tapi kalau berpeluang pergi memang pisang gorenglah jadi tumpuan utama.


Sekarang ni si kecil Haiqal pula yang mengikut jejak aku, suka sangat makan pisang. Pantang nampak pisang, pasti merengek selagi tak bagi. Sebelum ni memang aku jarang bagi dia makan pisang. Seingat aku masa dia  empat atau lima bulan umi dia ada bagi makan pisang. Selepas tu memang aku tak pernah bagi.


Sehinggalah satu hari tu aku teringin sangat makan pisang goreng. Aku pun mintalah suamiku belikan pisang untuk digoreng. Sampai je dirumah, anakku sibuk nak tengok dalam beg plastik yang di bawa oleh suamiku. Aku pun apa lagi terus je ambil pisang, mengamuk-ngamuk dia nak pisang. Aku pun ambil sebiji untuk dia, tahu pula benda tu boleh di makan, terus je Haiqal gigit dengan kulit-kulitnya sekali...


Alahai kesian pula aku tengok, aku pun buang kulitnya dan suapkan ke dalam mulutnya. Dalam hati ni terdetik, sah, Haiqal ni ikut jejak aku suka sangat makan pisang. Dah habis sebiji dia nak lagi, dia terus ke dapur tunjuk pisang yang ku gantung di dinding. Nampak gayanya kena sorokkan ni, aku pun ambil sebiji lagi dan selebihnya sorokkan.


Aku bukannya kedekut tapi aku nak ajar Haiqal makan biarlah berpada-pada walaupun makanan tersebut kegemarannya. Akhirnya pisang tersebut tak jadi di goreng, buat makan Haiqal setiap hari. 


Tarik kulitnya dulu, baru mamam...

Sekarang dah boleh mamam...

Amboi..penuhnya mulut anak ibu...

Ermmm...sedapnya... 
Sebenarnya pisang ni elok untuk kanak-kanak kerana pisang mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar selain memberi tenaga kepada kanak-kanak. Tambahan lagi, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Maklumat ni aku perolehi dari http://anizyn.blogspot.com/2008/10/khasiat-pisang-1001-khasiat-kaya.html


Bila aku dapat tahu pisang ni elok untuk Haiqal, tak teragak-agak lagi aku memberinya pisang. Namun tidak elok untuk orang dewasa terutama yang mempunyai penyakit kencing manis kerana kandungan gula yang tinggi pada pisang. 


"Ibu Sayang Haiqal"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...