Wednesday, April 13, 2011

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"...

Alhamdulillah, cuaca hari ni redup dan amat mendamaikan sekali. Hati aku pun rasa tenang dan gembira. Mudah-mudahan ianya terus berpanjangan...


Hari ni aku ingin berkongsi cerita si kecilku Haiqal. Sejak umurnya setahun aku dah mula mengajarnya menabung. Mungkin bagi sesetengah ibu bapa beranggapan ia terlalu awal tapi bagiku sesuatu yang baik seharusnya diajar seawal kanak-kanak sudah boleh memahami kata-kata atau arahan kita. Pepatah pun ada menyatakan "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...

Hal ini kerana diperingkat umur Haiqal sekarang dia sudah boleh menerima arahan dan mengikut apa yang aku lakukan. Kebetulan pula sewaktu hari jadi Haiqal umi dan atuk Haiqal memberinya tabung. Bermula saat itulah aku dan suami mula mengajarnya menabung. 

Diawalnya memang agak sukar juga untuk mengajar Haiqal memasukkan syiling ke dalam lubang tabung. Biasalah sesuatu yang baru memang agak susah sikit nak biasakan tapi berkat kesabaran aku dan suami, Alhamdulillah sekarang Haiqal dan pandai masukkan sendiri ke dalam lubang tabung bila kita bagi syiling kat dia. 

Yeay!!!ibu bagi syiling....=)

Alamak terjatuh pula duit ni...
Duit duduk diam-diam dalam ni ye...=)

Bila di ingat kembali gelagat Haiqal sewaktu mengajarnya menabung, tersenyum sendiri aku dibuatnya. Ada ketika tu ayahnya bagi syiling dan tabung dihadapannya, ceh...dia dengan "eksyennya" ambil syiling tu dan masukkan ke dalam lubang tabung. Ingatkan dia nak lepaskan tapi rupanya dia tarik balik syiling tu. Setiap kali masukkan syiling yang lain macam tulah gayanya..Mungkin dia tak nak syiling yang ada tu habis kot...Haiqal..Haiqal...=) 

Sekarang ni lagilah bijak, bila dah habis je syiling dimasukkan ke dalam tabung dia terbalikkan tabung tu dan cuba buka penutup lubang bawah tabung. Silap aku juga, depan dia aku buka penutup tu...Budak ni pantang kita buat apa je pasti ditirunya...

Mudah-mudahan amalan menabung yang diterapkan dalam diri Haiqal ni dapat membentuk diri anak ibu menjadi seorang yang berjimat cermat dan bijak menguruskan kewangan bila dewasa kelak.





"Ibu Sayang Haiqal"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...