skip to main |
skip to sidebar
Assalamualikum semua...Hari ni tak ada idea untuk berceloteh.. tambahan lagi masih terasa kepenatan berjalan seharian semalam di Jalan Masjid India...konon-kononnya nak cari kain pasang untuk hari raya nanti..Letih berjalan tapi hanya dapat 2 pasang je..Ni lah akibatnya kalau cerewet sangat memilih, padan dengan muka aku...hu..hu...
Berbalik semula dengan tajuk entri ni, aku ingin berkongsi resepi Donut Ball yang aku buat petang Jumaat yang lepas.. Padaku inilah resepi donut yang paling mudah dan amat sesuai untuk orang seperti aku yang tak reti membuat kuih muih ni. Resepi ni aku perolehi dari Myresipi..
Donutnya dah la lembut, comel bulat-bulat pula tu. Memang geram, rasa nak ngapp je panas-panas. he..he.. tapi time panas-panasla sedap di makan. Terima kasih kepada syuhaiza kerana berkongsi resepi ibu mertuanya ini. Meh tengok resepinya:
|
Donut Ball |
DONUT BALL (Sumber : syuhaiza@myresipi.com)
Bahan-bahan : untuk 3 orang makan
- gula icing untuk menyadur
- * ibu Haiqal tambah sedikit garam
Cara-cara:
1. Muripan di bancuh dengan air dan ketepikan * ibu Haiqal campurkan mauripan ke dalam tepung gandum
2. Satukan tepung, susu, marjerin dan muripan tadi
3. Uli dengan air. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi cantik dan lembut. sekiranya doh tak menjadi tambah marjerin sedikit dan uli lagi sehingga nampak cantik
4. Bulat-bulatknkan doh menjadi ball dan letak diatas dulang yang telah disapukan dengan minyak supaya tidak melekat sementara menunggu doh naik
5. Biarkan doh dalam 10 minit dan goreng
6. Gaulkan donut yang telah digoreng dengan gula aising. kalau tak ada gula aising, gula kasar pun boleh tapi di blend dulu.
7. Dah siap untuk dimakan. selamat mencuba
Selamat Mencuba !!!
9 comments:
sedapnyer..bt hidangan mnum petang. :)
toummi alesya sofea : betul tu sedap buat minum pyg tapi yg tak tahannya nak menguli..hu..hu...
mmg cumil donut ball ni...lia pun mmg lbh suka buat mcm ni sbb lbh mudah nak makan...:)
p.s: terima kasig singgah blog lia...:) suka jumpa kawan2 yg suka masak2....^____^
to mamamya :
he..he..senang nak ngappkan lia..
sma2..lia pun thanks sudi singgah blog sy juga...
rajjin awak ek..bulat2 comel je donut tu..kita mmg penggemar donut..anak pon sama..tp mak ni yg malas..hihihi
to mrs.fiza:teringin nak mkn tu yg rajin membuatnya...he..he...klu x, xdenya nak buat..bab nak menguli tu yg mls....
As'salam Zura
bulat2nya donat ni, sangat comel. kak ct pun suka makan donat. anak2 lagilah. lama juga rasanya tak medonat ni :D
W'salam kak ct...
he..he..donut ni boleh buat minum ptg dan sarapn kak...lg pula sy tak berapa pndai buat yg biasa tu...jd buruk rupanya...susah2 sgt bult2kn je...
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment