Monday, May 9, 2011

Kembali berblogging...=)

Assalamualaikum semua....Terasa lama menyepi dari dunia blogging, hampir dua minggu jugalah. Alhamdulillah, hari ni tergerak rasa hati untuk update blog dan jenjalan ke blog rakan-rakan yang lain.

Sebenarnya dalam tempoh 2 minggu tu banyak aktiviti yang aku lakukan. Apa taknya beberapa hari di kampungku Johor dan minggu berikutnya ke kampung suamiku pula di Penang. Memang berjalan sakan lah kami, dari selatan ke utara. 

Dalam keseronokkan berjalan tu, sudah pastinya selera makan pun meningkatlah lebih-lebih lagi kat Penang macam-macam aku makan. Habis diet aku, nak tolak terasa rugi pula. Cuba bayangkan Nasi Kandar Line Clear di depan mata, takkan nak tolak kot, oh tidak...sapu bersih sepinggan nasi...=) Tu belum dengan Char Kue Teawnya, laksa Janggusnya lagi..Memang betul-betul jalan-jalan cari makanlah...

Rasa tak puas kalau balik Penang tak makan semua tu. Cuma kali ni balik Penang tak dapat makan nasi ketam tapi tak pelah lain kali boleh pergi lagi. Oh ye, dalam kesibukkan aku jalan-jalan cari makan, sempat jugalah aku menyambar tray muffin yang dah lama aku idam-idamkan. Lepas ni boleh lah aku try buat muffin besar pula. Selama ni asyik guna tray kecil je...=)

Rasanya masih tak terlambat lagi untuk aku ucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada wanita yang bergelar ibu, emak, mama, mummy dan sebagainya. Mudah-mudahan kita dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita dan sentiasa di mudahkan oleh Nya dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Aminnn.... 
 

 

2 comments:

nOOrsha said...

happy belated mothers day :)

Kasih Ibu said...

thanks..Happy belated mothers day to you too..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...